Saturday, June 26, 2010

comel ker budak tu...

senyum sorang2 aku...bila sorg budak ni asyik tanya comel ker??aku ker y comel???hikhikkk...kalo la ader ramai y macam ni..tak terlayan la aku...comel mmg comel tapi xla comel mcm baby...biasa la, mana ada org umur 25 thn comel....handsome ada kot....medium la senang ckp..comel x comel...cute x cute...putih mmg sah2 x putih...kelabu asap jer tgk...tapi comel la jugak dimata aku...opppssss jgn marah pulak bila ada yang terasa...sebenarnya c comel nie la y selalu ada ngn aku .... kawan suka, kawan makan, kwn gaduh...hahahahahahah....kepada c comel y dok asyik tanya comel ker???sape y kata sy comel???comel ker....JAWAPANNYA KAMU MMG COMEL!!!!!

my first holiday with friends


langkawi trip on 27-30 mei 2010


percutian y paling best dan y pertama aku dgn kawan2...lebih kurang 2 bln merancang..kumpul duit sendiri..tiap2 bulan untuk pergi bercuti...kira percutian budget la..mmg murah dan best..banyak aktiviti y dirancang...

27/5/10 kami bertolak dr MSI..dlm perjalanan mcm2 la dapat tgk..excited nyer nak g walaupun mcm2 halangan sebelum nie...alhamdulillah hari pertama kami semua bjalan lancar...sampai kat jetty langkawi kereta sewa dah ada...siap lagi pakcik tu simpan kunci dlm keta, dan kami ambik jer mcm kereta sendiri...hahhahaha...xkenal pun sapa owner kita tu..just by call jer sampai la hari terakhir 30/5/10 sblum balik br la kami knl owner keta tu...:)...mak oii...masa nak bwk keta tu, mula2 ader adegan kelakar...ader la keta mana ntah y parking ikut suka then block kereta sewa kami...terpaksa la angkat keta tu beramai2 dgn pakcik guard kat jetty langkawi skali..hikhikkk...akhirnya baru blh jalan...g makan then check in homestay kat ulu melaka...bak kata pepatah org mengantuk disorong bantal..dapat lak makan tmpat tu sedap...hahahah..dari mata letih..ngntuk..semua terbeliak bulat semua mata..dapat jupa makanan...yummmy!!!

mlm tu kuar pulak nak survey jalan la kononnya..tapi y xbest kat sana kedai tutup awal..kul 11pm dah masing2 nk tutup..g pantai chenang..tgk2 kat sepanjang jalan on da way pntai chenang...satu jer tujuan..aku,ngn nurul nie kalut nak g cari sun glass...sbb semua org ada..kami jer xder..esok kan nak g jln2..nak jadi datin la kejap :)...bukan main lagi la dok pilih2 sampai puas hati..then kami makan kerang bakar, satay, n mknan lain...pastu balik ke homestay...

28/5-30/5

hari-hari berikutnya keja jalan jer...mcm2 la..penat balik homestay..pas mgrib kuar pulak...aktiviti mlm kat langkawi mcm xberapa byk..jadi kami g dataran helang, mkn2, dan tabiat y suka beradu suara kat msi terbawak2 sampai langkawi..tiba2 kami terasa nak karok..hahaha..rela tanya org kat sana tmpat karok kat mana..then dah jupe g la..dah la kn tipu..x sampai 1 jam, byr rm25...xsempat nak nyanyi banyak...mmg penipu la tempat tu...

mangrove lak esoknya mmg best...naik boat susur hutan paya bakau..pertama kali mangrove...mcm2 dapat g..bat cave, crocodile cave, thailand-malaysia boarder, fish feeding,eagle feeding..bkn 2jam..lebih 2jam kat situ...nak cerita pengalaman kat langkawi xkan habis..ni antara y sempat nak dikongsikan....

mmg bersyukur sangat2 aper y dirancang menjadi..inilah hadiah hari jadi dan final exam...terima kasih kat kawan-kawan (dayah,nurul,zatul,fifi)...alamak!! satu benda penting lupa...dalam dok sibuk berjalan..kat laman padi..hp dayah jatuh dalam lubang toilet...aku dgn pntas konon nak selamatkan la hp tu..ambik plastik hitam n masuk dlm toilet nak selamatkan la konon..tapi rupanya dah xder...nak guna gps pun xblh detect :)...sian kat dayah masa tu..tapi nak buat mcm mana, dah xder rezeki...untuk senangkan hati...kami pun g makan macd sebelum balik msi..hahahha...lupa pulak..thx to my dear fahmi sbb bg pinjam hp n blh la guna gps..xder la sesat di langkawi...langkawi!!!! next trip akan difikirkan kemudian...

anak sedaraku..nur basyirah najwa


anak sedara aku y pertama...nur basyirah najwa...

best jer tgk telatah budak kecik nie...kalo marah2 tu..tgk jer muka c comel nie..langsung sejuk hati...:)...kalo balik kg jer..mesti knl muka mak long dia..pastu mula nangis2 soh dukung..mintak kita angkat dia...kalo dah angkat tu senyap jer..mata tu bulat ..errrr geram...aku lak mmg minat ngn budak2..nak main ngn anak..blum kawen..jadi semua ngn anak sedara aku sorg nie..pantang g kuar..tgk baju baby, bear...kalo ader duit mmg aku beli...suka tgk bila dia pkai bj2 y aku beli...


cepat jer masa nie...dah 4 bulan dah si kecik nie...rindu lak tgk..hari tu masa balik umah jap..on da way kenduri wahida..tgk budak kecik nie dah mkn bubur kentang...hahhahah..makin kurus lah..pipi y tembam dah x setembam dulu..dah buas...meniarap pun dah pandai...bear aku beli pun dah jadi bantal bucuk dia...dok isap telinga teddy bear...lagi satu budak kecik nie...suke isap jari..tapi bkn jari dia..jari org lain..,.kecik-kecik dah banyak akal...

rahsia kejayaan

Sebagai seorang manusia, keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan adalah perkara biasa. Namun, masih ramai yang gagal untuk menghasilkan tindakan kerana dihantui oleh perasaan takut, tidak yakin dan pelbagai lagi.
Walaupun ramai yang tahu bahawa perasaan seperti ini hanya sekadar mainan di fikiran, namun kebanyakkan mereka telah biarkan perasaan tersebut menguasai diri mereka seterusnya membantutkan proses pertama kejayaan mereka iaitu tindakan.
Justeru itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit nota inspirasi pada para pembaca agar anda semua dapat melakukan tindakan serta merta untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam kehidupan.
“Face The Fear and DO IT ANYWAY”
Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun ia tidak bermakna saya tidak bertindak. Konsep ini seringkali diwar-warkan oleh sebuah syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike. Dimana mereka menggunakan tagline “Just Do It”.
Ketakutan adalah perasaan yang biasa anda hadapi dalam kehidupan seharian. Tetapi apa yang membezakannya bagaimana anda mengawalnya untuk menghasilkan tindakan. Jadi, saya sarankan agar “rasai ketakutan itu dan segera lakukan tindakan”. Biasanya selepas anda bertindak, perasaan takut tersebut akan hilang serta merta.
Dengan kata lain, anda mesti memecahkan dinding ketakutan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses tindakan yang seterusnya.
Bina Keyakinan Dengan Membuat Penyelidikan
Selepas bertindak, anda memerlukan sokongan supaya anda berjaya menghadapi proses-proses mencapai matlamat yang seterusnya. Untuk membina keyakinan, lakukan penyelidikan atau mendalami sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada perasaan ragu-ragu menguasai diri anda.
Perasaan ragu-ragu ini akan wujud setelah anda berjaya menghadapi rasa takut untuk bertindak. Apa yang bahayanya ialah jika anda biarkan perasaan ini terus menguasai diri anda, maka anda berkemungkinan besar akan menyerah kalah lebih awal dan kembali semula ke “zone selesa” anda.
Jadi, pastikan anda terus melakukan persediaan terhadap diri sendiri dengan mendalami ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ini, anda mampu untuk menghapuskan perasaan ragu-ragu.
Ingat Bahawa Kejayaan Adalah Sebuah Proses
Adakalanya punca anda tidak berjaya mencapai matlamat yang diinginkan disebabkan oleh minda anda yang menganggap bahawa memperoleh kejayaan adalah semudah A-B-C. Mempunyai mindset seperti ini mampu melumpuhkan anda dalam mencapai kejayaan pada bila-bila masa kerana anda tidak memahami apakah erti kejayaan yang sebenarnya.
Apabila bercakap mengenai kejayaan, ia adalah sebuah proses yang memerlukan tindakan yang berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diingini. Contohnya; Jika anda ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, maka anda memerlukan tindakan yang berterusan untuk memahami ilmu-ilmu yang disertakan dalam buku mata pelajaran tersebut supaya ia dapat memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakann dalam peperiksaan kelak.
Kesimpulannya, kejayaan memerlukan dua elemen iaitu tindakan pertama dan berterusan (proses) bagi mencapai matlamat yang anda inginkan. Semoga anda semua mendapat inspirasi dan motivasi melalui artikel ini. Salam kejayaan.
=============================================
Artikel ini telah ditulis oleh Muhammad Aqif bin Azizan, penulis ebook “Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting” dan pemilik blog AqifStrategi.com.

create own blog

dah lama buat..tapi asyik fail dlm edit blog...terkial-kial la jugak...
oleh sebab suka menulis...jadi terbina la blog nie supaya hidup nanti xla bosan...dkt dlm blog nie blh la aku teruskan penulisan t tidak seberapa ni...