Monday, July 1, 2013

welcome back..for last 2 years i'am single, but now i'am be a wife :)



assalamualaikum...

yeayyyy !!! i'am back, baru nak start blog balik..tujuan utama adalah untuk upload resepi2 y huda suka testing2 kat dapur daily and weekend..raya dah nak dekat..mood nak buat biskut raya ni..walawehhh, excited pulak.maklumla, tahun ni raya ada 2 family..dah masuk fasa umah tangga... lagi semangat nak raya, lagi semangat nak cooking, baking.. semalam buat kek pisang, gara2 nak rasmi oven baru, my wedding gift from my office mates...

TARA!!!!! see how delicious my home made bananaaaaa Cake :)

cake ni huda buat sebab ada pisang emas mak mentua bagi..kebetulan ada 6 biji lagi pisang y comel2 and cute2,,, so sebelum busuk, baik diolah menjadi cake y sedap. kek ni huda guna brown sugar hasil olah, sebab xsuka manis >> less sugar la konon nya..bagi sesiapa y xsuka manis, boleh pakai brown sugar..diet y baik tau..lambat sikit la kena potong kaki :)



Wednesday, September 7, 2011

assalamualaikum

lama sungguh x tengok blog sendiri..now i'am back!!! banyak benda nak buat kat blog nie yer kawan...insyaallah nanti saya akan sentiasa update...

Wednesday, June 30, 2010

exam oh exam


GUD LUCK EVERYBODY!!!!!

jentayu by hudhurul_qalb (introduction)

Jentayu melambai, memanggil-manggil sang pencinta yang semakin hanyut dengan igauan syair-syair indah berbaur cinta.Aduhai sang pencinta, andai dapat ku usik kalbumu pasti terpancar betapa hangatnya cintamu meskipun salju turun membasahi bumi. Sudah namanya sang pencinta, tidak lekang dengan senyuman disebalik sebuah lamunan yang jauh nun di ufuk timur.Segalanya indah,tetapi tidak kah kamu tahu wahai sang pencinta, indahnya cintamu tak mungkin kekal selamanya.Kau mengagungkan setiap kalimah cinta, dijalin dan disulam dengan manik-manik cinta yang terpancar permata yang bergemerlapan.Cantik dan indahnya cintamu wahai sang pencinta.Syahdunya segala bait-bait lagu yang kau dengarkan,terasa menusuk ke dalam kalbu,membuatkan aku juga terpena dengan aura cintamu.Susunan bait-bait lagu melankolik sedikit menyentuh jauh disudut hati ku.Bukan kerana sumbangnya nurkilan mu wahai sang pencinta, tetapi kerana sirna yang ada dalam hidup ku.Aku pernah membenci pada manusia si pencinta. Aku juga seperti mu sang pencinta, dahulunya terlalu mengagungkan cinta. Kaca ku anggap permata, begitu bodohnya aku ketika itu.percayakan sebuah ungkapan cinta yang sebenarnya hanya sebuah kata-kata yang dibibir sahaja. Aku hanyut dengan ungkapan 'I love you’.

p/s: any idea ttg story nie??? need help...

nilai sahabat, kawan...

Kawanku,
Kawan adalah seorang insan yang menjadi cermin kepada sebuah persahabatan.Nilai seorang sahabat tidak ternilai dengan segala-galanya.Kebahagian bersahabat hanya dapat dirasai oleh insan yang terlalu menghargai sahabat.Terlalu banyak bingkisan dan coretan yang aku ingin berkongsi.Masih segar di dalam kotak pikiranku, dengan hadirnya seorang insan yang lengkap kehidupannya memegang agama sekuat-kuatnya, rakus mencari ilmu untuk didunia dan di akhirat, terlalu baik tutur kata,santun bila berbicara,senyuman dan gelak tawanya membuatkan aku ceria dan hilang derita.Kau lah sahabat kau lah seorang teman buat selamanya.Tidak pernah terlintas dalam mindaku, persahabatan berlandasan keikhlasan hanya sementara.betul kata sebuah bingkisan pepatah melayu, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Menjadi suatu kebiasaan orang yang baik selalu di sayangi ALLAH.Tidak dapat nak digambarkan , aku kehilangan seorang sahabat yang terlalu baik dalam hidupku dengan sekelip mata.terlalu banyak kenangan pahit manis bersamamu teman.terkilan dengan sikap kawan-kawan yang tidak menghargaimu sehinggalah saat-saat terakhirmu bersama kami.Setiap kali terkenang saat itu, pasti bergelinang air mataku.Terlalu kecewa kerana mempunyai kawan-kawan yang sekadar kawan atas nama sahaja.tidak ramai kawan yang akan berada dengan kita saat susah dan sedang.betullah kata seorang pak cik kepadaku, bertuah lah kalau aku mempunyai seorang sahabat pada zaman sekarang, kerana kawan sejati payah hendak dicari melainkan kawan yang merosakkan terlalu ramai dan bersepah-sepah di luar sana.setiap pertemuan yang ikhlas pasti akan tidak kekal lama.bukan takdir perlu dipersalahkan tetapi itulah namanya sebuah pertemuan.Sebagai manusia aku perlu berterima kasih kepada Allah kerana tanpa perpisahan tidak mungkin ada suatu pertemuan.perpisahan tidak perlu ditangisi dan diratapi kerana, perpisahan banyak mengajar dan memberi kenangan yang sukar dilupakan.aku selalu berdoa, agar diberi dan dipertemukan seorang teman seperti apa yang aku perlakukan sebagai seorang sahabat.tidakkah rugi menjadi kawan yang sekadar nama sahaja, terasa terlalu rendah nilai sebuah persahabatan yang hanya berlandaskan pada nama sahaja.didalam hidupku ini, aku terlalu berhati-hati memilih teman, kerana aku mahukan seorang kawan yang sentiasa ada denganku saat susah dan senang.tetapi ianya sukar dicari, sudah menjadi lumrah hidup sesuatu kemanisan perlu melalui sebuah kepahitan.seperti buah durian yang berduri,tetapi betapa sedapnya isinya, seperti manggis yang hitam kulitnya, putih dan manis isinya.tetapi didalam persahabatan aku mahukan ianya sentiasa membawa kegembiraan di dalam hidupku.saat paling bahagia dalam hidupku apabila kawan-kawanku Berjaya dalam setiap yang mereka perolehi.alangkah bagus jika kejayaan sahabat merupakan kejayaan bersama, bukannya merupakan suatu kejayaan yang perlu di dengki.tetapi aku terasa sedikit terkilan dengan persahabatan yang berlandaskan hasad dengki.tidak akan pergi jauh seorang sahabat itu, yang mempunyai perasaan dengki terhadap sahabatnya sedangkan sahabatnya itu tidak pernah ada sezarah pun perasaan dengki terhadapnya.betapa ruginya seseorang yang tidak tahu menghargai sahabatnya.manusia sukakan pada pujian, mahukan kawan-kawan memuji dan mengagungkan mereka, tetapi akan jelik jika dikritik dan ditegur oleh sahabat tentang keburukan dan kesalahan yang mereka lakukan.di dalam hidupku, aku paling benci dan tidak senang dengan sikap kawan-kawan yang ambil mudah soal hidup.tidak punyai pendirian dan perancangan masa depan yang jelas.dari zaman sekolah rendah lagi aku tidak suka hidupku tidak ada perancangan yang jelas.kadang-kadang aku adalah seorang yang tegas dan skema dalam soal hidupku.aku mahukan yang terbaik dalam hidupku , dan kejayaan yang aku perolehi adalah datangnya dari usaha sendiri, tunjuk ajar guru-guru ,dorongan dari keluargaku dan yang penting keredhaan ALLAH.Aku paling benci pada manusia yang ingin mendapat kejayaan tetapi sanggup melakukan perkara yang tidak sesuai dengan nilai seorang insan yang berilmu.contohnya manusia sanggup meniru, untuk mendapat keputusan yang baik dalam sebuah peperiksaan.sudah menjadi satu budaya pada zaman sekarang kiranya kalau tidak meniru bukan nama seorang pelajar.tetapi Alhamdulillah kerana aku mempunyai prinsip hidup yang masih kukuh.biarlah aku mendapat kejayaan itu dengan usaha aku sendiri bukan dengan meniru.dalam hidup ini, aku mahukan sebuah keberkatan dan aku terlalu menyanjung setiap ilmu yang aku perolehi. Hidup ini adil sebenarnya, hanya ALLAH yang tahu menilainya.kejayaan yang manis akan dapat dirasai dengan adanya keberkatan dan keredhaan dari NYA.Aku mengharapkan kepada semua kawan-kawanku yang aku sayangi, supaya mereka tahu menilai setiap apa yang sering aku perkatakan.peliharalah adab didalam menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya.Cahaya yang menjadi penyuluh pada kehidupan yang gelita.Aku sentiasa berdoa agar kawan-kawan sentiasa diberi kejayaan yang cemerlang didalam hidup.aku tidak pernah meminta pujian dan hadiah didalam persahabatan.cukuplah bagiku mempunyai sahabat yang menyayangi dan menghargaiku dengan menjadi seorang sahabat yang sejati.


p/s: coretan ini adalah nurkilan dari diriku sendiri untuk dinilai dlm diri ini dan jugak untuk masyarakat di luar sana.
hudhurul_qalb86 , jun 3o,2010

Tuesday, June 29, 2010

no title...

Seringkali dilubuk hati ini terbuku satu persoalan sedangkan aku sendiri tidak mengerti apakah ianya hadir dengan dorongan hati atau sebaliknya. Hari demi hari kulalui, namun kadang-kadang ianya kosong.Benak fikiranku menyatakan ianya adalah satu kemungkinan yang tidak dapat aku elakkan.Sehingga hari ini, saat ini ,detik ini, aku bagaikan bermimpi dengan bayangan silam yang cukup perit bagiku.Tidak adil bagiku, tetapi itulah ujian terbesar yang tidak semua orang akan sanggup hadapinya.Bukan kesalahanku, bukan keinginanku tetapi akhirnya aku yang menerima keperitan ini.Sampai bila akan berakhir?aku sendiri tidak tahu jawapannya. Perlukah aku fikirkan kembali ? persoalan ini kadang-kadang membuatkan fikiran ku kusut, hati ku remuk , jiwaku meronta-ronta untuk bebas dari derita ini.....

p/s: cerita nie aku tulis sekadar untuk mengisi masa lapang...bila ada idea , barulah nak menulis...belum ada tajuk...belum ada penamat...entah bila akan habis coretan ini...