Wednesday, June 30, 2010

nilai sahabat, kawan...

Kawanku,
Kawan adalah seorang insan yang menjadi cermin kepada sebuah persahabatan.Nilai seorang sahabat tidak ternilai dengan segala-galanya.Kebahagian bersahabat hanya dapat dirasai oleh insan yang terlalu menghargai sahabat.Terlalu banyak bingkisan dan coretan yang aku ingin berkongsi.Masih segar di dalam kotak pikiranku, dengan hadirnya seorang insan yang lengkap kehidupannya memegang agama sekuat-kuatnya, rakus mencari ilmu untuk didunia dan di akhirat, terlalu baik tutur kata,santun bila berbicara,senyuman dan gelak tawanya membuatkan aku ceria dan hilang derita.Kau lah sahabat kau lah seorang teman buat selamanya.Tidak pernah terlintas dalam mindaku, persahabatan berlandasan keikhlasan hanya sementara.betul kata sebuah bingkisan pepatah melayu, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Menjadi suatu kebiasaan orang yang baik selalu di sayangi ALLAH.Tidak dapat nak digambarkan , aku kehilangan seorang sahabat yang terlalu baik dalam hidupku dengan sekelip mata.terlalu banyak kenangan pahit manis bersamamu teman.terkilan dengan sikap kawan-kawan yang tidak menghargaimu sehinggalah saat-saat terakhirmu bersama kami.Setiap kali terkenang saat itu, pasti bergelinang air mataku.Terlalu kecewa kerana mempunyai kawan-kawan yang sekadar kawan atas nama sahaja.tidak ramai kawan yang akan berada dengan kita saat susah dan sedang.betullah kata seorang pak cik kepadaku, bertuah lah kalau aku mempunyai seorang sahabat pada zaman sekarang, kerana kawan sejati payah hendak dicari melainkan kawan yang merosakkan terlalu ramai dan bersepah-sepah di luar sana.setiap pertemuan yang ikhlas pasti akan tidak kekal lama.bukan takdir perlu dipersalahkan tetapi itulah namanya sebuah pertemuan.Sebagai manusia aku perlu berterima kasih kepada Allah kerana tanpa perpisahan tidak mungkin ada suatu pertemuan.perpisahan tidak perlu ditangisi dan diratapi kerana, perpisahan banyak mengajar dan memberi kenangan yang sukar dilupakan.aku selalu berdoa, agar diberi dan dipertemukan seorang teman seperti apa yang aku perlakukan sebagai seorang sahabat.tidakkah rugi menjadi kawan yang sekadar nama sahaja, terasa terlalu rendah nilai sebuah persahabatan yang hanya berlandaskan pada nama sahaja.didalam hidupku ini, aku terlalu berhati-hati memilih teman, kerana aku mahukan seorang kawan yang sentiasa ada denganku saat susah dan senang.tetapi ianya sukar dicari, sudah menjadi lumrah hidup sesuatu kemanisan perlu melalui sebuah kepahitan.seperti buah durian yang berduri,tetapi betapa sedapnya isinya, seperti manggis yang hitam kulitnya, putih dan manis isinya.tetapi didalam persahabatan aku mahukan ianya sentiasa membawa kegembiraan di dalam hidupku.saat paling bahagia dalam hidupku apabila kawan-kawanku Berjaya dalam setiap yang mereka perolehi.alangkah bagus jika kejayaan sahabat merupakan kejayaan bersama, bukannya merupakan suatu kejayaan yang perlu di dengki.tetapi aku terasa sedikit terkilan dengan persahabatan yang berlandaskan hasad dengki.tidak akan pergi jauh seorang sahabat itu, yang mempunyai perasaan dengki terhadap sahabatnya sedangkan sahabatnya itu tidak pernah ada sezarah pun perasaan dengki terhadapnya.betapa ruginya seseorang yang tidak tahu menghargai sahabatnya.manusia sukakan pada pujian, mahukan kawan-kawan memuji dan mengagungkan mereka, tetapi akan jelik jika dikritik dan ditegur oleh sahabat tentang keburukan dan kesalahan yang mereka lakukan.di dalam hidupku, aku paling benci dan tidak senang dengan sikap kawan-kawan yang ambil mudah soal hidup.tidak punyai pendirian dan perancangan masa depan yang jelas.dari zaman sekolah rendah lagi aku tidak suka hidupku tidak ada perancangan yang jelas.kadang-kadang aku adalah seorang yang tegas dan skema dalam soal hidupku.aku mahukan yang terbaik dalam hidupku , dan kejayaan yang aku perolehi adalah datangnya dari usaha sendiri, tunjuk ajar guru-guru ,dorongan dari keluargaku dan yang penting keredhaan ALLAH.Aku paling benci pada manusia yang ingin mendapat kejayaan tetapi sanggup melakukan perkara yang tidak sesuai dengan nilai seorang insan yang berilmu.contohnya manusia sanggup meniru, untuk mendapat keputusan yang baik dalam sebuah peperiksaan.sudah menjadi satu budaya pada zaman sekarang kiranya kalau tidak meniru bukan nama seorang pelajar.tetapi Alhamdulillah kerana aku mempunyai prinsip hidup yang masih kukuh.biarlah aku mendapat kejayaan itu dengan usaha aku sendiri bukan dengan meniru.dalam hidup ini, aku mahukan sebuah keberkatan dan aku terlalu menyanjung setiap ilmu yang aku perolehi. Hidup ini adil sebenarnya, hanya ALLAH yang tahu menilainya.kejayaan yang manis akan dapat dirasai dengan adanya keberkatan dan keredhaan dari NYA.Aku mengharapkan kepada semua kawan-kawanku yang aku sayangi, supaya mereka tahu menilai setiap apa yang sering aku perkatakan.peliharalah adab didalam menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya.Cahaya yang menjadi penyuluh pada kehidupan yang gelita.Aku sentiasa berdoa agar kawan-kawan sentiasa diberi kejayaan yang cemerlang didalam hidup.aku tidak pernah meminta pujian dan hadiah didalam persahabatan.cukuplah bagiku mempunyai sahabat yang menyayangi dan menghargaiku dengan menjadi seorang sahabat yang sejati.


p/s: coretan ini adalah nurkilan dari diriku sendiri untuk dinilai dlm diri ini dan jugak untuk masyarakat di luar sana.
hudhurul_qalb86 , jun 3o,2010

No comments: